Tapak pusara semakin sempit

December 3, 2007

img_2989.jpgimg_2988.jpg 

Kerana prihatin Dato Sri Azalina telah melawat tapak pusara di Teluk Ramunia ekoran kawasan pusara sekarang telah penuh dan memerlukan satu tapak yang baru.

Kaum nelayan Cina terharu

December 3, 2007

img_3058.jpgimg_3061.jpgimg_3051.jpg

Pengerang – Dalam kesibukan Dato Sri Azalina yang prihatin ini beliau, masih sempat singgah dan berbual mesra bersama penduduk Cina di Kampung Pasir Gogok. Kampung Nelayan yang terletak lebih 40 km daripada bandar Penawar ini telah menjadi kediaman semenjak zaman Jepun lagi.

Sambil bermesra dengan penduduk kampung, Azalina turut menanyakan masalah serta kemudahan yang perlu ada di kampung terbabit. Beliau berasa amat terharu atas kemesraan yang ditunjuukkan oleh pengundinya dan berjanji akan membela nasib dan masa depan mereka.

Azalina agresif membantu Pengerang

December 3, 2007

  img_2860.jpgimg_2806.jpgimg_2875.jpg

Pengerang – Sampai sahaja di Kawasan Parlimen P157, Dato Sri Azalina terus melawat premis perniagaan di sekitar Pengerang. Tujuan beliau hanyalah untuk bermesra dan membantu para penduduk Pengerang.  

Banyak kedai yang dilawati, rata-rata penduduk amat gembira dengan kehadiran beliau dan tidak menyangka Azalina datang melawat mereka.Dalam lawatannya beliau telah mengenalpasti masalah dan bantuan yang perlu diberi kepada penduduk tersebut dan mengarahkan pegawainya untuk membantu mereka dan meminta kepada mereka supaya datang sahaja ke pejabatnya sekiranya terdapat masalah ataupun cadangan.

Sambutan Raya Pengerang Meriah

November 21, 2007

gambar52.jpggambar66.jpggambar37.jpg 

Bandar Penawar, 03 November 2007 – Lebih kurang 5 ribu orang mengunjungi majlis rumah terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Pengerang merangkap Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB. Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said di Dewan Orang Ramai Bandar Penawar.

 Kunjungan bertali arus rakyat dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat khususnya dari bahagian Pengerang ke rumah terbuka beliau seawal jam 9.30 pagi sehingga lewat jam 3.00 petang membuktikan sokongan padu mereka terhadap Azalina masih utuh.

Selaras dengan tujuan majlis ini adalah untuk merapatkan tali silaturrahim antara pimpinan dengan rakyat dalam kehangatan Syawal yang masih ada.

Pengunjung yang hadir dijemput menikmati pelbagai juadah Aidilfitri yang begitu enak di 26 gerai makanan dan minuman yang disediakan pada majlis tersebut.

Suasana meriah dan gembira jelas terserlah di wajah setiap pengunjung apabila mereka berpeluang bersalaman dan beramah mesra di samping menerima cenderahati daripada Azalina, manakala kanak-kanak pula riang dan ceria menerima duit raya.

Sebaik sahaja selesai bersalaman dengan tetamu yang hadir, Azalina dijemput untuk upacara pemotongan kek yang dihadiahkan oleh Pejabat Parlimen Pengerang, tenaga pengajar LLE dan Desaru Resort bersempena dengan rumah terbuka tersebut.

Selain menikmati juadah dan mengikuti bacaan marhaban, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan tarian kuda kepang, tarian zapin dan nyanyian daripada artis jemputan tanahair seperti Rohana Jalil, Nasir wahab, Amylea AF3, Nora AF4 dan Syawal AF5.

Pemimpin Bersatu Rakyat Gemilang

September 12, 2007

img_2579.jpgimg_2677.jpgimg_2602.jpg

Felda Air Tawar 5 – Kehadiran Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said yang juga merangkap Menteri Belia dan Sukan Malaysia disambut meriah oleh penduduk sekitar dengan paluan kompang bersempena dengan Majlis Pra Pelancaran Jelajah Merdeka 2007 bertempat di dataran Pusat Kegiatan Rakan Muda, Felda Air Tawar 5 jam 9.00 malam.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua UMNO Bahagian Pengerang merangkap ADUN Tanjung Surat, YB Datuk Hj. Harun Abdullah, ADUN Penawar, YB Dr. Azam Hj. Rauzan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Hj. Razak Bedu dan Penghulu Mukim Tanjung Surat, En. Kamal Abd Hamid.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan tentang perjuangan orang-orang terdahulu sebelum dan selepas kemerdekaan.

Justeru, beliau menyeru kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan muda-mudi untuk terus bersemangat mempertahankannya.

Dalam menikmati kemerdekaan, perpaduan di antara kaum perlu dikekalkan agar negara terus aman dan harmoni.

Rakyat seharusnya berterima kasih dengan kempimpinan kerajaan Barisan Nasional yang berjaya menyatupadukan kaum dan membawa kemajuan kepada Malaysia.

Majlis yang dianjurkan Pejabat Parlimen Pengerang ini adalah untuk meraikan kemuncak kepada program seterusnya iaitu Konvoi Jelajah Merdeka 2007 yang akan diadakan pada 26 Ogos ini di kampung-kampung terpilih sekitar Parlimen Pengerang.

Konvoi tersebut bakal menyaksikan 14 kelab berkereta di bawah Kelab Sukan Bermotor Pengerang (KSBMP) yang turut serta bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-50.

Selepas ucapan beliau adalah upacara penyerahan jalur gemilang kepada ketua-ketua kampung kawasan Parlimen Pengerang dan penyampaian cenderahati oleh Azalina kepada kepada Harun dan Azam.

Forum Penghayatan Islam Hadhari Berjaya Tarik 1300 Orang Penonton

July 31, 2007

 dsc01477.jpgdsc01494.jpgdsc01517.jpg

 Felda Gugusan Adela, 29 Julai – Seramai 1300 orang dari seluruh pelusuk Parlimen Pengerang telah membanjiri perkarangan Masjid Jamek Felda Gugusan Adela untuk menyaksikan Forum Penghayatan Islam Hadhari Peringkat Parlimen Pengerang. Forum yang bertajuk ‘ Insan Cemerlang, Umat Terbilang’ telah dibarisi oleh ahli panel terkenal seperti YB Sahibul Samahah Dato’ Mohd Tahrir Dato’ Kiyai Samsudin, Timbalan Mufti Negeri Johor, Brig. Jen. Datuk Jamil Khir Baharom, Pengarah KAGAT, Dr. Robiah Hamzah, Pakar Motivasi dan Ustaz Sharin Md Jamaludin bertindak sebagai Pengerusi Forum.

Forum yang berlangsung sejurus selepas solat Isyak telah dimulakan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid dari SMKA Bandar Penawar.

Md Atan Jamin, Pengerusi Badan Kebajikan Masjid Felda Gugusan Adela telah menyampaikan ucapan aluan dengan melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said kerana memilih Masjid Felda Gugusan sebagai lokasi forum. Manakala Datuk Abd Rahim Abu, Setiausaha Politik YB Dato’ Seri dalam ucapannya selepas itu telah menyampaikan gagasan visi dan misi YB Dato’ Seri dalam kerangka perancangan pembangunan modal insan untuk Parlimen Pengerang.

Dalam forum tersebut, umat Islam disarankan agar menjadikan Rasullullah sebagai idola dan model ke arah menjadi insan cemerlang. Budaya kekitaan dan persaudaraan perlu dibugarkan kembali agar masalah masyarakat dapat ditangani secara kolektif dan efektif. Semangat perjuangan untuk menegakkan syiar agama perlu ada dalam setiap orang Islam agar martabat umat Islam tidak mudah diperlekeh oleh orang bukan Islam.

Forum yang berakhir pada jam 11.00 malam turut dihadiri oleh Datin Maznah Shukri, isteri YB Datuk Harun Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Pengerang dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Ibu Bapa Diminta Bantu Sekolah Tangani Disiplin Pelajar

July 31, 2007

 

 dsc01275.jpgdsc01270.jpgdsc01284.jpg

Kg. Pasir Gogok, 28 Julai – Azam Ismail Bakri, Pegawai Khas YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said, mengajak ibu bapa supaya bersama-sama dengan pihak sekolah mengatasi sebarang masalah disiplin anak-anak. Budaya masyarakat dahulu kala yang memegang konsep ‘sayang anak pukul-pukulkan’ perlu dihayati kerana ada sesetengah ibu bapa yang tidak menerima hakikat kenakalan anak-anak dan lebih gemar menuding jari mencari kesalahan pihak lain.

Beliau mengatakan demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan dan Anugerah Kecemerlangan Sekolah Agama Kg. Pasir Gogok. Pada majlis itu, Musa bedu selaku Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah agama telah melahirkan rasa terharu kerana wakil YB Dato’ Seri sudi datang ke majlis tersebut walaupun hanya dijemput menerusi khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Tambah beliau lagi, inilah contoh pemimpin berjiwa rakyat yang wajar disokong.

Majlis yang dihadiri seramai 50 orang ibu bapa turut dihadiri oleh Jamaludin Yusuf, Ketua UMNO Cawangan dan Zarita Busu, Ketua Wanita UMNO Cawangan.

Masyarakat Felda Perlu Mengekalkan Silaturrahim

July 31, 2007

adela1.jpgadela2.jpg

FELDA ADELA – Hubungan silaturrahim perlu dipandang sebagai elemen penting dalam usaha membina hubungan dengan Allah. Ia sama juga seperti restu Allah bergantung kepada restu kedua ibu bapa. Demikian nasihat yang terkandung dakam tazkirah di surau Felda Adela.

Program yang diadakan sejurus selepas solat Maghrib turut disertai oleh 70 orang jemaah dan dihadiri sama oleh Arsat Mohamad, Ketua UMNO Cawangan.

Para jemaah mengucapkan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said kerana mengadakan program berkenaan dan berharap dapat diteruskan pada masa akan datang.

Pembantu Khas beliau, Abdul Wahab Abdul Manan telah menyampaikan cenderahati kepada para jemaah sambil menyampaikan salam takzim YB Dato’ Seri.

Lagi Sejarah Tercipta Di Felda Tunggal

July 31, 2007

tunggal3.jpgtunggal2.jpgtunggal1.jpg

Felda Tunggal, 28 Julai – Dewan Sukan Komuniti Felda Tunggal menjadi saksi terciptanya sejarah kehadiran teramai program J robik di mana lebih 150 orang memenuhi gelanggang fulsal di situ. Tarian poco-poco dan gerakan J Robik bertambah semangat dengan pakaian seragam biru putih dengan topi oren ‘generasi positif’ sumbangan YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said.

Turut menyerikan program tersebut ialah Hassan Ismail, Ketua Kampung, Razak Mohamad, Pengurus Felda, Fauziah Misri , Ketua Puteri, Khasminah Gono, Ketua Wanita dan Azzli Shahid, Ketua Pemuda UMNO Cawangan.

Program tersebut bermula pada jam 7.30 dan berakhir satu setengah jam selepas itu turut dihadiri Pembantu Khas YB Dato’ Seri, Abdul Wahab Abdul Manan. Beliau telah beramah mesra dengan para peserta disamping menyampaikan salam YB Dato’ Seri serta mengedarkan cenderahati.

Program Tazkirah di Felda Air Tawar 1 Mencatat Sejarah

July 31, 2007

 dsc01396.jpgdsc01401.jpgdsc01433.jpg

 Felda Air Tawar 1, 28 Julai – Masjid Felda Air Tawar 1 telah mencipta sejarah apabila seramai 250 orang memenuhi ruang masjid bagi mengikuti program tazkirah anjuran Pejabat Parlimen Pengerang.

Jumlah jemaah yang hadir merupakan yang tertinggi setelah empat bulan program ini dilancarkan.

Program yang berlangsung sejurus selepas solat Maghrib turut dihadiri oleh Abd Rahman Sadri, Ketua Kampung dan Salleh Hamid, Timbalan Ketua UMNO Cawangan.

Dalam tazkirahnya, Ustaz Adnan Bahri telah mengingatkan para jemaah agar tidak jemu mempertingkat ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. Ilmu keduniaan seperti sains dan teknologi penting untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat bukan Islam. Manakala ilmu keagamaan pula akan menjadi pendinding diri mempertahan akidah menghadapi amalan-amalan kurafat dalam masyarakat Melayu.

Pegawai Khas YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said, Mohd Nor Azam Ismail Bakri telah menyampaikan salam takzim YB Dato’ Seri sambil beramah mesra dengan para jemaah.