Cergas & Sihat

kebaikan air dan mandian

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.
 

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit. Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.
Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit. 

Kaedah Meradiasi Makanan Menjejaskan Kesihatan?

Meradiasi makanan kini menjadi satu cara untuk mengawet makanan. Ia dilakukan dengan meletakkan sesuatu makanan kepada pancaran gamma, samalah seperti menjalankan X-ray ke atas makanan. Tujuannya ialah untuk melanjutkan tempoh ketahanannya dengan membunuh serangga, bakteria dan mikroorganisma lain. Anda mungkin bertanya apa salahnya jika menggunakan kaedah itu? Kita sendiri pernah menjalani X-ray tetapi tidak pula menjadi radioaktif. Ya, itu memang benar, tetapi radiasi rendah tidak sama. Dos yang dimaksudkan di sini amat tinggi iaitu bersamaan dengan 300 juta X-ray dada.Tidakkah anda tertanya-tanya apa yang berlaku pada sel-sel makanan di paras radiasi sedemikian?Makanan di dalam keranjang atau bungkusan plastik dimasukkan ke dalam sebuah bilik bertutup di mana ia dipancarkan dengan radiasi gamma daripada satu sumber radioaktif (isotop radioaktif seperti kobalt-60 atau sesium-137 atau daripada satu pancaran elektron).Dos bergantung kepada jenis makanan:

  • Buahan dan sayuran boleh didedahkan kepada 100,000 rad.
  • Daging ayam itik sehingga 300,000 rad (atau bersamaan 30 juta X-ray dada).
  • Rempah sehingga 3,000,000 rad (atau 300 juta X-ray).

Adakah berkesan untuk mengawet makanan?

Pihak pencadang mendakwa proses itu lebih sihat kerana penyinaran menjadikan makanan tahan lebih lama tanpa memerlukan pengawet kimia, racun makhluk perosak, pengasapan dan proses-proses lain yang diketahui membahayakan.

Bergantung kepada dos, sinaran itu boleh membunuh bakteria, virus, cendawan dan kulat serta organisma kecil lain yang merosakkan makanan. Ia juga membasmi kuman malah membunuh serangga kecil yang menhurung rempah dan bijirin, dengan itu mengurangkan bilangannya.

Tetapi makanan itu boleh dijangkiti semula kecuali ia dibungkus di dalam bungkusan yang tidak boleh dimasuki serangga (amat mahal), disejukkan atau dimasak.

Sesetengah bakteria juga tidak boleh dibunuh pada dos radiasi lebih rendah. Ini termasuk kuman berbahaya yang menyebabkan botulisme, satu bentuk keracunan makanan yang biasanya membawa maut. Lebih buruk lagi, bakteria yang boleh membentuk ketahanan baru yang kebal terhadap radiasi. Misalnya, di dalam persekitaran makmal, para penyelidik telah menghasilkan jenis kuman salmonella yang kebal (yang menyebabkan keracunan makanan atau demam kepialu) melalui dos radiasi berulangan.

Satu lagi masalah ialah sejumlah besar bakteria atau virus dibunuh, yang terselamat akan bebas membiak dengan cepat, kerana ia tidak dihalang lagi oleh pesaing.

Masalahnya, anda tidak akan mengetahui kerosakan teruk pada makanan. Di dalam kes-kes biasa, makanan rosak mempunyai bau, rasa atau tekstur yang tidak menyenangkan, dihasilkan oleh pelbagai bakteria perosak. Di dalam kes kuman berbahaya, tiada bau yang dapat menyedarkan kita kerana kebanyakan bakteria biasa telah lenyap.

Radiasi juga tidak akan menyingkirkan toksin yang dihasilkan oleh bakteria. Paras toksin akan meningkat dengan radiasi. Misalnya, kulat yang menghasilkan aflatoksin (toksin yang dikaitkan dengan kanser hati) tidak dibunuh oleh radiasi. Apabila kulat yang bersaingan dibunuh, kulat ini membiak dengan cepatnya. Jadi paras aflatoksin meningkat.

Adakah makanan radiasi berkhasiat?

Proses radiasi memusnahkan kebanyakan vitamin – terutamanya vitamin A, C, E dan tiamina. Bergantung kepada vitamin, jenis makanan dan dos radiasi, kehilangan berlaku dari 20% hingga 80%. Jus buah kehilangan lebih banyak vitamin daripada buah-buahan, yang kehilangan lebih banyak daripada sayur-sayuran dan biirin, yang sebaliknya, kehilangan lebih banyak daripada daging.

Memandangkan makanan yang menjalani proses radiasi dihasilkan untuk disimpan bagi tempoh lebih panjang, ini bermakna lebih banyak kehilangan vitamin. Sesetengah vitamin seperti B1 telah dipercepatkan kehilangannya semasa penyimpanan makanan radiasi.

Adakah munasabah untuk memanjangkan tempoh penggunaan bagi makanan yang kekurangan dari segi khasiat?

Adakah makanan radiasi selamat?

Melalui kaedah radiasi, struktur kimia makanan diubah. Molekul tidak stabil atau “radikal bebas” yang terbentuk berbeza daripada molekul yang terbentuk melalui kaedah memasak lain. Ia boleh merosakkan sel-sel tubuh dan menggalakkan kanser. Di samping menjadi pencetus kanser, ia mungkin menyebabkan penuaan kulit dan tubuh lebih awal.

Radikal bebas itu juga boleh bergabung dengan bahan-bahan lain lalu membentuk kimia baru yang beracun.

Di India, satu kajian mengenai kanak-kanak yang kekurangan zat makanan diberi makan gandum yang menjalani proses radiasi menunjukkan empat daripada lima kanak-kanak itu menghasilkan keganjilan kromosom yang boleh menyebabkan leukemia.

Ujian-ujian yang dijalankan ke atas haiwan telah menunjukkan perubahan keadaan sebelum kemunculan kanser yang sama. Tikus yang diberi makan makanan radiasi kekurangan berat badan, mengalami kematian semasa lahir dan mati lebih awal daripada yang diberi makanan biasa. Kajian-kajian juga menunjukkan haiwan-haiwan yang diuji mengalami tumor testis, kerosakan buah pinggang dan keganjilan kromosom.

Kenapa pengeluar gemarkannya?

Makanan radiasi masih kelihatan segar walaupun selepas beberapa bulan atau tahun. Tidak mudah untuk membezakannya dengan makanan segar yang sebenar. Jadi para pengguna senang diperdaya kerana radiasi membolehkan syarikat-syarikat makanan yang tidak bertanggungjawab menjual makanan bermutu rendah atau rosak seolah-olah ia makanan segar.

Sememangnya telah terdapat kes-kes penipuan atau penyalahgunaan. Pada 1986 misalnya, sebuah syarikat makanan yang besar di Britain membawa masuk udang yang dibekukan tetapi ditolak oleh pihak berkuasa kesihatan kerana mengandungi banyak bakteria. Bekalan udang itu kemudain dihantar ke Belanda untuk diradiasi, yang berjaya menghapuskan bakteria tetapi bukannya sisa racun yang masih terkandung di dalam makanan itu. Selepas itu, udang tersebut dibawa balik ke England, di mana ia melepasi ujian kesihatan dan dijual kepada para pengguna.

Bagaimana hendak tahu makanan diradiasi?

Anda tidak akan tahu. Tidak terdapat ujian yang boleh menunjukkan sama ada sekumpulan makanan telah diradiasi atau tidak. Anda terpaksa bergantung sepenuhnya kepada kejujuran pengeluar. Di kebanyakan negara Eropah, ia dibuat secara sukarela. Tetapi sungguhpun pengeluar diwajibkan melabel makanan yang diradiasi, semasa makanan sedemikian dieksport, undang-undang negara pengeksport tidak digunakan.

Para pengeluar juga enggan mencetak perkataan “beradiasi” pada produk berkenaan kerana mereka bimbang para pengguna akan menolaknya.

Import makananan radiasi ke Malaysia diharamkan – tanpa kelulusan Ketua Pengarah. Tetapi memandangkan tiada pihak berkuasa kesihatan di dunia mempunyai sebarang cara mengesan makanan yang telah diradiasi, undang-undang sedemikian tidak boleh dikuatkuasakan.

Adakah kita benar-benar memerlukan makanan yang telah diradiasi?

Makanan berbahaya : panduan CAP mengenai bahaya tersembunyi dalam makanan – Pulau Pinang : Persatuan Pengguna Pulau Pinang, 1999. Ms 222-225

SENAMAN  Jantung Cergas – Jantung Sihat

Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

  • Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda.

  • Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.

  • Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung yang dikenali sebagai ‘high density lipo’ proteins (HDL).

  • Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang ada.

  • Ia menugurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.

  • Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan.

  • Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.

Bagaimana Hendak Bersenam

  • Jadikan senaman sebagai amalan hidup anda.

  • Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesenangan anda.

  • Bila melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali.

  • Senaman yang tidak berkala tidak memberi apa-apa manfaat.

  • Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sessi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman.

  • Senaman hendaklah bersungguh-sungguh tetapi tidaklah memudaratkan.

  • Kemantapan senaman seharusnya boleh menggerakkan denyutan nadi anda lebih kurang 120-150 denyutan seminit.

  • Mulakan program senaman anda perlahan-lahan dan kemudian tingkatkannya dari masa ke masa. 

Jenis-jenis Senaman

  • Senamrobik

  • Ia menguatkan ketahanan fizikal dan jantung.

  • Mengekalkan aktiviti kumpulan otot-otot besar boleh menambah keperluan oksigen di dalam badan.

  • Ini melatih jantung, paru-paru dan otot-otot untuk menjadi lebih cergas.
  • Kalestenik

  • Ia memperbaiki kelembutan atau kelenturan sendi dan otot.

  • Ia melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk aktiviti senamrobik.

  • Ia membantu mengelakkan dari pening dan sakit-sakit otot selepas senamrobik. Contohnya: regangan dan tai-chi.
  • Senaman janganlah disalah tafsirkan sebagai sukan untuk pertandingan. Oleh itu, ianya hendaklan dilakukan mengikut keupayaan seseorang individu supaya ianya menjadi cergas. Dan, pilihlah jenis senaman yang dapat memberi keseronokan pada anda dan boleh dijadikan sebagai sebahagian dari kehidupan seharian anda.

Patuhilah Syarat-syarat Bersenam

  • Lakukan senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan.

  • Jangan bersenam ketika sakit atau cedera.

  • Pastikan anda memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkannya selepas bersenam.

  • Pakailah pakaian yang selesa dan tidak terlampau ketat.

  • Gunakan kasut yang sesuai dengan lapisan tapak yang cukup apabila berjalan, berjogging atau berlari.


%d bloggers like this: