Archive for the ‘Peristiwa’ Category

Lagi Sejarah Tercipta Di Felda Tunggal

July 31, 2007

tunggal3.jpgtunggal2.jpgtunggal1.jpg

Felda Tunggal, 28 Julai – Dewan Sukan Komuniti Felda Tunggal menjadi saksi terciptanya sejarah kehadiran teramai program J robik di mana lebih 150 orang memenuhi gelanggang fulsal di situ. Tarian poco-poco dan gerakan J Robik bertambah semangat dengan pakaian seragam biru putih dengan topi oren ‘generasi positif’ sumbangan YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said.

Turut menyerikan program tersebut ialah Hassan Ismail, Ketua Kampung, Razak Mohamad, Pengurus Felda, Fauziah Misri , Ketua Puteri, Khasminah Gono, Ketua Wanita dan Azzli Shahid, Ketua Pemuda UMNO Cawangan.

Program tersebut bermula pada jam 7.30 dan berakhir satu setengah jam selepas itu turut dihadiri Pembantu Khas YB Dato’ Seri, Abdul Wahab Abdul Manan. Beliau telah beramah mesra dengan para peserta disamping menyampaikan salam YB Dato’ Seri serta mengedarkan cenderahati.

Advertisements

Program Tazkirah di Felda Air Tawar 1 Mencatat Sejarah

July 31, 2007

 dsc01396.jpgdsc01401.jpgdsc01433.jpg

 Felda Air Tawar 1, 28 Julai – Masjid Felda Air Tawar 1 telah mencipta sejarah apabila seramai 250 orang memenuhi ruang masjid bagi mengikuti program tazkirah anjuran Pejabat Parlimen Pengerang.

Jumlah jemaah yang hadir merupakan yang tertinggi setelah empat bulan program ini dilancarkan.

Program yang berlangsung sejurus selepas solat Maghrib turut dihadiri oleh Abd Rahman Sadri, Ketua Kampung dan Salleh Hamid, Timbalan Ketua UMNO Cawangan.

Dalam tazkirahnya, Ustaz Adnan Bahri telah mengingatkan para jemaah agar tidak jemu mempertingkat ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. Ilmu keduniaan seperti sains dan teknologi penting untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat bukan Islam. Manakala ilmu keagamaan pula akan menjadi pendinding diri mempertahan akidah menghadapi amalan-amalan kurafat dalam masyarakat Melayu.

Pegawai Khas YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said, Mohd Nor Azam Ismail Bakri telah menyampaikan salam takzim YB Dato’ Seri sambil beramah mesra dengan para jemaah.

Warga Felda Papan Timur Diseru Mencontohi Rumahtangga Rasullullah S.A.W

July 31, 2007

timur1.jpgtimur3.jpgtimur2.jpg

Felda Papan Timur, 20 Julai – Warga Felda digesa mengembalikan kegemilangan ummah menerusi kecemerlangan institusi keluarga. Kemantapan institusi keluarga akan menentukan masa depan dan hala tuju agama, bangsa dan negara. Masyarakat perlu kembali kepada nilai-nilai agama dengan menjadikan rumahtangga Rasullullah sebagai contoh dan ikutan. Demikian intipati ceramah oleh Ustaz Sakijan Muri, Pengetua SMK Bandar Penawar di Dewan JKKR Felda Papan Timur.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Pengerang mendapat sambutan hampir 100 orang peneroka dan pasangan masing-masing. Ia turut dihadiri oleh Salbani Ahmad, Ketua Kampung merangkap Ketua UMNO Cawangan dan Ngatisah Armin, Ketua Wanita UMNO Cawangan.

Abdul Wahab Abdul Manan, Pembantu Khas kepada YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said telah menyampaikan salam takzim YB Dato’ Seri sambil mengagihkan cenderahati kepada setiap yang hadir.

Rata-rata penduduk yang hadir berterima kasih kepada YB Dato’ Seri kerana membawa program ilmu ke tempat mereka sambil mengharapkan program ini dapat diteruskan.

Program J-Robik dan Kem Kesihatan di Kg. Telok Empang

July 24, 2007

teluk3.jpgteluk2.jpgteluk1.jpg

Kg. Telok Empang, 21 Julai – YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said, selaku Ahli Parlimen Pengerang mempunyai misi dan visi yang jelas dalam usaha melahirkan masyarakat yang sihat, cergas dan bersatu.
Usaha ini dapat dilihat menerusi program J-Robik dan Kem Kesihatan yang dibawa ke Kg. Telok Empang dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi.

Seramai 70 orang penduduk pelbagai peringkat umur telah memanfaatkan program ini yang berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang.

Program ini turut dihadiri oleh Ishak Moksan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan dan Siti Sarah Mohd Ali ,Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan. Pembantu Khas YB Dato’ Seri, Abdul Wahab Abdul Manan telah menyampaikan salam takzim YB Dato’ Seri di samping mengagihkan cenderahati kepada para penduduk.

Para penduduk begitu seronok melakukan gerakan poco-poco dan J-robik yang telah sekian lama tidak dilakukan. Kemudian, mereka berpusu-pusu menjalankan pemeriksaan kesihatan kendalian Klinik Kesihatan Pengerang yang diketuai oleh Zolkefli Abdullah. Pemeriksaan yang dijalankan ialah ujian tekanan darah, ujian kandungan gula dalam darah dan pep smear.

Program Sehari Bersama Penduduk Kampung Linting

July 19, 2007

dsc01198.jpgdsc01100.jpgdsc01142.jpg

dsc01203.jpg

 

KAMPUNG LINTING, 14 Jul – Seramai 50 orang penduduk kampung Linting telah menghadiri program kecergasan dan kesihatan yang telah dibawa oleh Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said. Program ini merangkumi kecergasan seperti j-robik, sukan, ceramah dan pemeriksaan kesihatan yang bermula seawal 9.00 pagi lagi di Tabika Kemas Kampung Linting,Tanjung Surat.

Pada pukul 10 pagi pula diadakan sukan rakyat. Semua penduduk turut melibatkan diri dalam sukan ini tanpa mengambil kira peringkat umur. Setelah selesai sukan rakyat, para penduduk telah dihidangkan dengan ceramah bertajuk ‘ Keluarga Cemerlang ‘ oleh Penyelia Pendidikan Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kota Tinggi, Ustaz Adanan Bahari. Melalui ceramah ini para penduduk telah dibimbing untuk membina keluarga yang cemerlang.

Setelah bersukan dan mendengar ceramah, para penduduk juga telah diberi pemeriksaan kesihatan secara percuma dari Klinik Kesihatan Sening dan juga ceramah mengenai kesihatan oleh Pakar Kesihatan Keluarga iaitu Dr. Hani. Rata-rata para penduduk seronok dengan ceramah yang disampaikan.

Program ini juga turut dihadiri Ketua UMNO Cawangan, Mad Lazim Atan, Ketua Wanita UMNO, Hanipah Shahadan dan Ketua Kampung Linting, Kassim Muin. Dalam ucapannya, Mad Lazim telah meminta agar pembinaan jambatan Tanjung Belungkor ke Kampung Linting dipercepatkan.

Pegawai Khas YB Dato’ Seri Azalina, Azam Ismail Bakri dalam ucapannya turut menyampaikan kiriman salam dan pesanan-pesanan ahli parlimen tersebut kepada majlis. Katanya betapa fikir, risau dan rancangan YB Dato’ Seri Azalina sentiasa menghala membentuk kemajuan khasnya kampung Linting dan amnya kawasan Parlimen Pengerang dengan mengujudkan program-program berbentuk sosial, pendidikan dan ekonomi.

Program ini berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cenderhati kepada para tetamu yang hadir berupa cawan, topi, dan t- shirt daripada Dato’ Seri Azalina.

Program Tazkirah dan Ziarah Surau Felda Sening

July 18, 2007

dsc01071.jpgdsc01043.jpgdsc01047.jpg

FELDA SENING, 12 Julai – YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said mensasarkan pembangunan holistik di kalangan masyarakat Parlimen Pengerang sejajar dengan hasrat YAB Pendana Menteri.
Bertitik tolak dari cetusan idea itu lahirlah program yang menjurus kepada pembangunan modal insan menerusi institusi masjid di setiap kampung di Parlimen Pengerang.Pada kali ini, Surau Felda Sening telah dikunjungi oleh para pegawai YB Dato’ Seri bersama para jemaah sekitar 70 orang menunaikan solat Maghrib dan diikuti majlis tazkirah yang disampaikan oleh Ust. Adanan Bahri, Penyelia Pendidikan, Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kota Tinggi.

Dalam tazkirahnya, Ust. Adanan Bahri telah menyentuh tentang peri pentingnya memelihara tali silaturrahim sesama insan dan kepentingan menuntut ilmu tanpa mengira batas umur dan waktu.
Satu perjumpaan bersama Badan Kebajikan Surau turut diadakan sejurus selepas solat Isya’. Azam Ismail Bakri selaku Pegawai Khas YB Dato Seri telah menyampaikan salam takzim dan mengharapkan agar usaha-usaha mengimarahkan masjid dapat dijalankan berterusan seterusnya mengembalikan kegemilangan institusi masjid seperti di zaman Rasullullah dan para sahabat.
Majlis ini turut dihadiri oleh En. Sairy Radiban selaku Ketua Kampung dan Ketua UMNO Cawangan Felda Sening. Beliau mengucapkan terima kasih di atas inisiatif menganjurkan program ini.

Senamrobik bersama penduduk Papan Timur

June 19, 2007

f-004-wince.jpgf-005-wince.jpgf-009-wince.jpgf-010-wince.jpg

PAPAN TIMUR – YB Dato Seri Azalina amat mementingkan kesihatan begitulah juga rakyat dikawasan beliau. Beliau telah mengadakan senamrobik setiap hari sabtu di setiap kawasan dalam Parlimen beliau.

 Seramai 100 orang penduduk Felda Papan Timur telah menghadiri program tersebut. Selain bersenam robik turut diadakan tarian poco-poco bagi menarik minat golongan emas bersama- sama bersenam.

Selepas senamrobik turut diadakan dialog mesra bagi mendengar rintihan dan cadangan untuk membangunkan kampung Felda Papan Timur.

 Antara yang turut hadir di program tersebut adalah Tok Saibani, Ketua Kampung Felda Papan Timur merangkap Ketua UMNO Cawangan Felda Papan Timur, Puan Ngatisah, Pengerusi GPW, Encik Azam Ismail Bakri, Pegawai Khas YB Dato Seri Azalina, Puan Sharifah Sheila, Encik Radzi, Encik Abd Wahab Abd Manan Pegawai kepada YB Dato Seri Azalina dan ahli jawatankuasa kampung.  

Program Ibubapa Cemerlang, Keluarga Gemilang, Anak Terbilang peringkat Kg Punggai

March 30, 2007

dscn3079-wince.jpgdscn3061-wince.jpg

Program telah dimulakan dengan tayangan demo KBS dan IKBN. Selepas itu turut ditayangkan juga video banjir di Kota Tinggi.  Penduduk yang hadir diberikan cenderahati berupa beg, pamplet dan beg JBSN.

Tok Isa Sultan, Ketua kampung Punggai dalam ucapannya telah menyatakan ucapan terima kasih kepada YB Dato Azalina. Walaupun beliau tidak sampai tetapi pegawai-pegawai beliau telah  sampai awal. Tok Isa juga  memaklumkan projek-projek yang telah dapat pada tahun ini iaitu peruntukan kepada JKKK sebanyak RM10 ribu, peruntukan RM3 ribu kepada tabung masjid, peruntukan RM30 ribu untuk bina jalan tar, peruntukan kepada sekolah-sekolah dan lain-lain. Semua permintaan dapat.  Masyarakat amat puas hati kerana dapat semua peruntukan dan mengucapkan terima kasih serta syukur.  Tok Isa memaklumkan  YB Dato Azalina begitu prihatin kerana disamping peningkatan dari segi infrastruktur dan ekonomi ada juga peningkatan dari segi ilmu dibawa oleh beliau dengan mengadakan program-program ilmu seperti ceramah-ceramah serta meminta diadakan selalu program sebegini bagi membawa perubahan positif dari segi minda.

Ustaz Abdullah Ahmad telah menyampaikan ceramah mengenai Petua Rumahtangga bahagia iaitu dengan kaedah menghubungkan silaturrahim yang terdiri dari 5s iaitu salam, senyum, sapa, sabar dan syukur. Haruslah sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama. Sentiasa menggalakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

Datuk Hj Rahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan telah menyampaikan salam YB Dato Azalina. Beliau juga menceritakan  mengenai anak-anak terbilang. Kisah keluarga Sidek keluarga cemerlang. Antara pesanan YB Dato Azalina kita mesti menambah ilmu. Ilmu yang bermanfaat haruslah diamalkan. Jangan terlalu emosional haruslah bertenang. Baru kehidupan keluarga sejahtera. Haruslah menjaga hati jangan kecil hati, ambil hati dan tak berhati-hati. 

Penyampaian cenderahati sumbangan YB Dato Azalina juga turut diberikan kepada peserta yang paling awal sampai lelaki, Mahat b Sara dan perempuan, Maria bt Mohd Sahid dan warga emas yang paling tua iaitu Tuan Hj Ali Sultan, Imam Kg Punggai serta kepada Tok Isa dan penceramah. Selepas acara tersebut para penduduk telah dihidangkan dengan jamuan ringan.Seramai 180 orang penduduk telah menghadiri program tersebut. Malah penduduk kampung turut memohon supaya program seperti ini dijalankan lagi di tempat mereka.

Program Sukan di Kampung Punggai

March 30, 2007

dscn3180-wince.jpgdscn3181-wince.jpg

Program sukan mendapat sambutan yang baik oleh penduduk kampung. Seramai 80 orang penduduk kampung termasuk kanak-kanak Antara acara yang dijalankan oleh Encik Suhaimi adalah:

  1. Bola sepak bawah 12 dan 15 tahun
  2. Bola Jaring bawah 12, 15 tahun dan dewasa
  3. Sepak Takraw bawah 15 dan dewasa
  4. Rounders kanak dan dewasa
  5. Frisbee kanak-kanak dan dewasa

Program untuk kanak-kanak dan belia dijalankan serentak manakala untuk dewasa iaitu ibuabapa selepas itu. Turut hadir di majlis tersebut Tok Isa Sultan, Ketua kampung merangkap Ketua UMNO Cawangan Kampung Punggai.

Program Sukan di Dewan Mesra, Felda Air Tawar 5

March 22, 2007

dscn2873-wince.JPGSebelum aktiviti sukan bermula telah diadakan senamrobik yang telah dikendalikan oleh Pn Sabariah dari NFC. Acara sukan rakyat bermula dengan acara :

– Acara Kerusi Berirama Kanak-kanak Lelaki yang dimenangi oleh :

1.Nazri Farizal    2. Mohd Fikri Hakim

 Acara Kerusi Berirama Wanita yang dimenangi oleh :

1. Fazanita Salman  2. Sariah Masrom

– Acara Kerusi Berirama Kanak-kanak Perempuan yang dimenangi oleh :1. Hamidaton Izati   2. Norsoleha Tanip.        3. Norizati salim -Acara Boling Kelapa Wanita yang dimenangi oleh : 1. Radiah   2. Hjh kamah   3. Hjh Marhana   4. Misnah    5. Siti aminah     6. Asnah-Acara Tiup Tepung Wanita yang dimenangi oleh :

1. Hjh kamah    2. Zai     3. Ita      4. Sariah      5. Partini-Acara Tiup Tepung Kanak-kanak Lelaki yang dimenangi oleh : 1. Mohd Firdaus Harun, Mior Mohd Ashraf  & Nazrul Farizan Salim2. Mohd Amirul Baharuddin dan Nor Syazwan Razali . -Acara Tiup tepung Kanak-kanak Perempuan 1. Nurul Nazirah, Siti Nor Azlina &  Atira.      2. Noradha Sazira & Norain Sazira-Acara Gusti Lengan Kanak-kanak 1. Mohd Shahwani
2. Lokman Norhakim
3. Nurul Nazrina
4. Fakrul Anuar
5. Mohd Hairadin
6. Mohd Asraf
7. Nor Soleha
8. Mohd Amirul Hisham
9. Sofie
10. Khairul Anuar

En. Suhaimi telah mengadakan sukan Futsal dan Bola Jaring serta latihan angkat berat. 

Hadiah sumbangan YB Dato Azalina telah disampaikan oleh Puan Wasitah Yusoff, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Selepas selesai sukan rakyat diadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan persekitaran dewan. Seramai 150 orang kanak-kanak termasuk ibu dan bapa menghadiri program tersebut.