Bicara Agama

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA
MAZMUMMAH DI DALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di
hati ialah :

1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak
di dalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati
tentunya tidak terang.(sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..
bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam
dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam
hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau
tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena
sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia
memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,
kesenangan, pangkat dll.dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih
mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi
bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi
pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,
pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala
rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya
tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air
laut… walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak! lagipun org tamak
selalu rugi..

** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita
bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu
disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain
di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat
dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar
apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar
bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue
walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang
paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari
sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader
egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari
peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia
dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan
amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana
bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan
diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg
soleh/solehah

**Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat
ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di
hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan
akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan
bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati
antara satu sama lain.

Hikmah BerWuduk

1.Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak
berfaedah.
2.Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan
muka ku ini”.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3.Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini”.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4.Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5.Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan
Arasy Mu”.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di
atas kepala.

6.Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
“Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7.Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
“Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8.Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
“Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan
tempat-tempat maksiat”
Penjelasan nombor 8 : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang
dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati
Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

Wasallam.

Sembahyang untuk kecerdasan otak dan fizikal 

Setiap inci otak manusia  memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak  melainkan dengan sujud mengerjakan  Sembahyang!! !  Saraf-saraf otak memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja.  Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki uratsaraf mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam … Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!                                                                   

PETUA IMAM SYAFIE Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas 

 Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air semasa makan
4. Banyak makan bahan-bahan masam 
 

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. berpakaian bersih 
 

Empat perkara merosakkan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Membelakangi kiblat 

 Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh & berilmu
4. Bergaul dengan para ulama 
 

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ meniarap seperti tidurnya ahli neraka.

SURAH AL-FATIHAH 

Assalamualaikum Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak  malah   kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.  Berikut diperturunkan   nama syaitan laknat yang  wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.Nama  syaitan1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB3. KIYYAU  (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan  sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA  NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud  ‘matahari’

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud  “kepada
mataharilah
yang kami sembah dan kepada matahari  kami meminta pertolongan” !!!!

7) SIROTHOLLAZI. ……… … sehingga  habis hendaklah dibaca tanpa
henti.

8) AMIN .hendaklah  mengaminkan Al-Fatihah dengan betul  iaitu AA…dua
harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat   Insya-Allah. semoga kita menjadi orang
yang sentiasa membaiki  bacaannya.

Perhatian ;Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat  semoga kita mendapat
rahmatNya,

Insya-Allah.wassalam.

Laman Web terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Melayu

Untuk perkongsian ilmu bersama, disini saya letakkan alamat terjemahan Al Quran.

Semoga kita semua dapat meningkatkan amal ibadah & mendalami kefahaman kita semua pada ayat-ayat Al-quran.

http://quranmelayu. blogspot. com/2007/ 07/1-al-faatihah -7.html


%d bloggers like this: