Syor anjur pertandingan memancing antarabangsa

DESARU: Kementerian Pelancongan bersedia membantu penganjur yang berhasrat mengadakan pertandingan memancing peringkat antarabangsa di perairan negara ini dengan memperhebatkan promosi di seluruh dunia.

Menterinya, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata beliau yakin pertandingan seumpama itu akan menarik lebih ramai pelancong asing kerana aktiviti memancing kini semakin digemari.

 

Beliau berkata, pihak kementerian tidak menghadapi masalah untuk membantu mempromosikan pertandingan itu, dengan syarat penganjur membuka penyertaan ke peringkat antarabangsa.

 

“Antara kegagalan kita dalam melaksanakan sesuatu aktiviti sebelum ini ialah kurangnya promosi khususnya di peringkat antarabangsa dan saya nampak potensi besar aktiviti memancing ini untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke negara kita.

“Menyedari perlunya promosi yang hebat untuk menjayakan sesuatu aktiviti, kementerian bersedia membantu penganjur pertandingan memancing peringkat antarabangsa yang diadakan di negara kita. Aktiviti memancing kini menjadi daya tarikan utama pelancongan di beberapa negara seperti yang dilaksanakan di China, Australia, Kanada malah di Amerika Syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan 800 peserta Kategori Laut Dalam, Pusingan Pertama Karnival Grand Prix (GP) Joran 2008 di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuala Sedili, di sini, semalam.

Azalina berkata, pertandingan anjuran Berita Harian yang mencecah edisi ke-11 itu berpotensi untuk dijadikan acara besar-besaran dan dimasukkan dalam aktiviti kalendar pelancongan.

“Saya tertarik apabila difahamkan ramai peserta dari negara jiran khususnya Singapura menyertai pertandingan kali ini.

Sementara itu, Azalina berkata, Kementerian Pelancongan bertekad untuk memajukan industri pelancongan produk homestay dengan menambah program antara 20 hingga 30 kali ganda di seluruh negara.

Katanya, hingga kini ada 137 kampung membabitkan 2,746 pengusaha homestay di seluruh negara dan angka itu dilihat masih tidak mencukupi jika potensi industri pelancongan negara diambil kira.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: