RM 3.5 juta Kompleks Sukan Komuniti Parlimen Pengerang siap 2008

img_3035.jpgimg_3041.jpgimg_3038.jpg

YB Dato Sri Azalina, Menteri Belia Sukan telah melawat tapak pembinaan Kompleks Sukan Komuniti Parlimen Pengerang yang terletak di Bandar Penawar. Ia dibina sejajar dengan matlamat menyediakan kemudahan sukan kepada masyarakat diperingkat akar umbi bagi memenuhi objektif sukan untuk semua. 

Projek Kementerian Belia dan Sukan yang bernilai 3.5 juta ini dijangka siap pada suku pertama 2008. Kompleks ini akan menjadi tempat di mana berlangsungnya sukan Kelab Sukan Komuniti Parlimen. Ianya akan diserahkan kepada anak-anak tempatan di bawah Kelab Sukan Komuniti bagi mengurus tadbir perjalanan operasi kompleks tersebut. Selain itu ia akan diguna pakai untuk aktiviti masyarakat setempat


%d bloggers like this: