Archive for December, 2007

RM 3.5 juta Kompleks Sukan Komuniti Parlimen Pengerang siap 2008

December 3, 2007

img_3035.jpgimg_3041.jpgimg_3038.jpg

YB Dato Sri Azalina, Menteri Belia Sukan telah melawat tapak pembinaan Kompleks Sukan Komuniti Parlimen Pengerang yang terletak di Bandar Penawar. Ia dibina sejajar dengan matlamat menyediakan kemudahan sukan kepada masyarakat diperingkat akar umbi bagi memenuhi objektif sukan untuk semua. 

Projek Kementerian Belia dan Sukan yang bernilai 3.5 juta ini dijangka siap pada suku pertama 2008. Kompleks ini akan menjadi tempat di mana berlangsungnya sukan Kelab Sukan Komuniti Parlimen. Ianya akan diserahkan kepada anak-anak tempatan di bawah Kelab Sukan Komuniti bagi mengurus tadbir perjalanan operasi kompleks tersebut. Selain itu ia akan diguna pakai untuk aktiviti masyarakat setempat

Untungnya Bertani

December 3, 2007

img_3010.jpgimg_3003.jpg

Pertanian merupakan salah satu sumber pendapatan penduduk Pengerang, atas kesedaran tersebut Dato Sri Azalina telah turun padang melawat ladang ternakan kambing yang terletak dikawasan Punggai bagi memberikan bantuan untuk memajukan lagi  sektor Pertanian di Pengerang.

Tapak pusara semakin sempit

December 3, 2007

img_2989.jpgimg_2988.jpg 

Kerana prihatin Dato Sri Azalina telah melawat tapak pusara di Teluk Ramunia ekoran kawasan pusara sekarang telah penuh dan memerlukan satu tapak yang baru.

Kaum nelayan Cina terharu

December 3, 2007

img_3058.jpgimg_3061.jpgimg_3051.jpg

Pengerang – Dalam kesibukan Dato Sri Azalina yang prihatin ini beliau, masih sempat singgah dan berbual mesra bersama penduduk Cina di Kampung Pasir Gogok. Kampung Nelayan yang terletak lebih 40 km daripada bandar Penawar ini telah menjadi kediaman semenjak zaman Jepun lagi.

Sambil bermesra dengan penduduk kampung, Azalina turut menanyakan masalah serta kemudahan yang perlu ada di kampung terbabit. Beliau berasa amat terharu atas kemesraan yang ditunjuukkan oleh pengundinya dan berjanji akan membela nasib dan masa depan mereka.

Azalina agresif membantu Pengerang

December 3, 2007

  img_2860.jpgimg_2806.jpgimg_2875.jpg

Pengerang – Sampai sahaja di Kawasan Parlimen P157, Dato Sri Azalina terus melawat premis perniagaan di sekitar Pengerang. Tujuan beliau hanyalah untuk bermesra dan membantu para penduduk Pengerang.  

Banyak kedai yang dilawati, rata-rata penduduk amat gembira dengan kehadiran beliau dan tidak menyangka Azalina datang melawat mereka.Dalam lawatannya beliau telah mengenalpasti masalah dan bantuan yang perlu diberi kepada penduduk tersebut dan mengarahkan pegawainya untuk membantu mereka dan meminta kepada mereka supaya datang sahaja ke pejabatnya sekiranya terdapat masalah ataupun cadangan.