Sambutan Raya Pengerang Meriah

gambar52.jpggambar66.jpggambar37.jpg 

Bandar Penawar, 03 November 2007 – Lebih kurang 5 ribu orang mengunjungi majlis rumah terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Pengerang merangkap Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB. Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said di Dewan Orang Ramai Bandar Penawar.

 Kunjungan bertali arus rakyat dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat khususnya dari bahagian Pengerang ke rumah terbuka beliau seawal jam 9.30 pagi sehingga lewat jam 3.00 petang membuktikan sokongan padu mereka terhadap Azalina masih utuh.

Selaras dengan tujuan majlis ini adalah untuk merapatkan tali silaturrahim antara pimpinan dengan rakyat dalam kehangatan Syawal yang masih ada.

Pengunjung yang hadir dijemput menikmati pelbagai juadah Aidilfitri yang begitu enak di 26 gerai makanan dan minuman yang disediakan pada majlis tersebut.

Suasana meriah dan gembira jelas terserlah di wajah setiap pengunjung apabila mereka berpeluang bersalaman dan beramah mesra di samping menerima cenderahati daripada Azalina, manakala kanak-kanak pula riang dan ceria menerima duit raya.

Sebaik sahaja selesai bersalaman dengan tetamu yang hadir, Azalina dijemput untuk upacara pemotongan kek yang dihadiahkan oleh Pejabat Parlimen Pengerang, tenaga pengajar LLE dan Desaru Resort bersempena dengan rumah terbuka tersebut.

Selain menikmati juadah dan mengikuti bacaan marhaban, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan tarian kuda kepang, tarian zapin dan nyanyian daripada artis jemputan tanahair seperti Rohana Jalil, Nasir wahab, Amylea AF3, Nora AF4 dan Syawal AF5.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: