Pemimpin Bersatu Rakyat Gemilang

img_2579.jpgimg_2677.jpgimg_2602.jpg

Felda Air Tawar 5 – Kehadiran Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said yang juga merangkap Menteri Belia dan Sukan Malaysia disambut meriah oleh penduduk sekitar dengan paluan kompang bersempena dengan Majlis Pra Pelancaran Jelajah Merdeka 2007 bertempat di dataran Pusat Kegiatan Rakan Muda, Felda Air Tawar 5 jam 9.00 malam.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua UMNO Bahagian Pengerang merangkap ADUN Tanjung Surat, YB Datuk Hj. Harun Abdullah, ADUN Penawar, YB Dr. Azam Hj. Rauzan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Hj. Razak Bedu dan Penghulu Mukim Tanjung Surat, En. Kamal Abd Hamid.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan tentang perjuangan orang-orang terdahulu sebelum dan selepas kemerdekaan.

Justeru, beliau menyeru kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan muda-mudi untuk terus bersemangat mempertahankannya.

Dalam menikmati kemerdekaan, perpaduan di antara kaum perlu dikekalkan agar negara terus aman dan harmoni.

Rakyat seharusnya berterima kasih dengan kempimpinan kerajaan Barisan Nasional yang berjaya menyatupadukan kaum dan membawa kemajuan kepada Malaysia.

Majlis yang dianjurkan Pejabat Parlimen Pengerang ini adalah untuk meraikan kemuncak kepada program seterusnya iaitu Konvoi Jelajah Merdeka 2007 yang akan diadakan pada 26 Ogos ini di kampung-kampung terpilih sekitar Parlimen Pengerang.

Konvoi tersebut bakal menyaksikan 14 kelab berkereta di bawah Kelab Sukan Bermotor Pengerang (KSBMP) yang turut serta bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-50.

Selepas ucapan beliau adalah upacara penyerahan jalur gemilang kepada ketua-ketua kampung kawasan Parlimen Pengerang dan penyampaian cenderahati oleh Azalina kepada kepada Harun dan Azam.


%d bloggers like this: