Ibu Bapa Diminta Bantu Sekolah Tangani Disiplin Pelajar

 

 dsc01275.jpgdsc01270.jpgdsc01284.jpg

Kg. Pasir Gogok, 28 Julai – Azam Ismail Bakri, Pegawai Khas YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said, mengajak ibu bapa supaya bersama-sama dengan pihak sekolah mengatasi sebarang masalah disiplin anak-anak. Budaya masyarakat dahulu kala yang memegang konsep ‘sayang anak pukul-pukulkan’ perlu dihayati kerana ada sesetengah ibu bapa yang tidak menerima hakikat kenakalan anak-anak dan lebih gemar menuding jari mencari kesalahan pihak lain.

Beliau mengatakan demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan dan Anugerah Kecemerlangan Sekolah Agama Kg. Pasir Gogok. Pada majlis itu, Musa bedu selaku Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah agama telah melahirkan rasa terharu kerana wakil YB Dato’ Seri sudi datang ke majlis tersebut walaupun hanya dijemput menerusi khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Tambah beliau lagi, inilah contoh pemimpin berjiwa rakyat yang wajar disokong.

Majlis yang dihadiri seramai 50 orang ibu bapa turut dihadiri oleh Jamaludin Yusuf, Ketua UMNO Cawangan dan Zarita Busu, Ketua Wanita UMNO Cawangan.


%d bloggers like this: