Program Sehari Bersama Penduduk Kampung Linting

dsc01198.jpgdsc01100.jpgdsc01142.jpg

dsc01203.jpg

 

KAMPUNG LINTING, 14 Jul – Seramai 50 orang penduduk kampung Linting telah menghadiri program kecergasan dan kesihatan yang telah dibawa oleh Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said. Program ini merangkumi kecergasan seperti j-robik, sukan, ceramah dan pemeriksaan kesihatan yang bermula seawal 9.00 pagi lagi di Tabika Kemas Kampung Linting,Tanjung Surat.

Pada pukul 10 pagi pula diadakan sukan rakyat. Semua penduduk turut melibatkan diri dalam sukan ini tanpa mengambil kira peringkat umur. Setelah selesai sukan rakyat, para penduduk telah dihidangkan dengan ceramah bertajuk ‘ Keluarga Cemerlang ‘ oleh Penyelia Pendidikan Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kota Tinggi, Ustaz Adanan Bahari. Melalui ceramah ini para penduduk telah dibimbing untuk membina keluarga yang cemerlang.

Setelah bersukan dan mendengar ceramah, para penduduk juga telah diberi pemeriksaan kesihatan secara percuma dari Klinik Kesihatan Sening dan juga ceramah mengenai kesihatan oleh Pakar Kesihatan Keluarga iaitu Dr. Hani. Rata-rata para penduduk seronok dengan ceramah yang disampaikan.

Program ini juga turut dihadiri Ketua UMNO Cawangan, Mad Lazim Atan, Ketua Wanita UMNO, Hanipah Shahadan dan Ketua Kampung Linting, Kassim Muin. Dalam ucapannya, Mad Lazim telah meminta agar pembinaan jambatan Tanjung Belungkor ke Kampung Linting dipercepatkan.

Pegawai Khas YB Dato’ Seri Azalina, Azam Ismail Bakri dalam ucapannya turut menyampaikan kiriman salam dan pesanan-pesanan ahli parlimen tersebut kepada majlis. Katanya betapa fikir, risau dan rancangan YB Dato’ Seri Azalina sentiasa menghala membentuk kemajuan khasnya kampung Linting dan amnya kawasan Parlimen Pengerang dengan mengujudkan program-program berbentuk sosial, pendidikan dan ekonomi.

Program ini berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cenderhati kepada para tetamu yang hadir berupa cawan, topi, dan t- shirt daripada Dato’ Seri Azalina.