Program Tazkirah dan Ziarah Surau Felda Sening

dsc01071.jpgdsc01043.jpgdsc01047.jpg

FELDA SENING, 12 Julai – YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said mensasarkan pembangunan holistik di kalangan masyarakat Parlimen Pengerang sejajar dengan hasrat YAB Pendana Menteri.
Bertitik tolak dari cetusan idea itu lahirlah program yang menjurus kepada pembangunan modal insan menerusi institusi masjid di setiap kampung di Parlimen Pengerang.Pada kali ini, Surau Felda Sening telah dikunjungi oleh para pegawai YB Dato’ Seri bersama para jemaah sekitar 70 orang menunaikan solat Maghrib dan diikuti majlis tazkirah yang disampaikan oleh Ust. Adanan Bahri, Penyelia Pendidikan, Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kota Tinggi.

Dalam tazkirahnya, Ust. Adanan Bahri telah menyentuh tentang peri pentingnya memelihara tali silaturrahim sesama insan dan kepentingan menuntut ilmu tanpa mengira batas umur dan waktu.
Satu perjumpaan bersama Badan Kebajikan Surau turut diadakan sejurus selepas solat Isya’. Azam Ismail Bakri selaku Pegawai Khas YB Dato Seri telah menyampaikan salam takzim dan mengharapkan agar usaha-usaha mengimarahkan masjid dapat dijalankan berterusan seterusnya mengembalikan kegemilangan institusi masjid seperti di zaman Rasullullah dan para sahabat.
Majlis ini turut dihadiri oleh En. Sairy Radiban selaku Ketua Kampung dan Ketua UMNO Cawangan Felda Sening. Beliau mengucapkan terima kasih di atas inisiatif menganjurkan program ini.


%d bloggers like this: