Archive for July, 2007

Forum Penghayatan Islam Hadhari Berjaya Tarik 1300 Orang Penonton

July 31, 2007

 dsc01477.jpgdsc01494.jpgdsc01517.jpg

 Felda Gugusan Adela, 29 Julai – Seramai 1300 orang dari seluruh pelusuk Parlimen Pengerang telah membanjiri perkarangan Masjid Jamek Felda Gugusan Adela untuk menyaksikan Forum Penghayatan Islam Hadhari Peringkat Parlimen Pengerang. Forum yang bertajuk ‘ Insan Cemerlang, Umat Terbilang’ telah dibarisi oleh ahli panel terkenal seperti YB Sahibul Samahah Dato’ Mohd Tahrir Dato’ Kiyai Samsudin, Timbalan Mufti Negeri Johor, Brig. Jen. Datuk Jamil Khir Baharom, Pengarah KAGAT, Dr. Robiah Hamzah, Pakar Motivasi dan Ustaz Sharin Md Jamaludin bertindak sebagai Pengerusi Forum.

Forum yang berlangsung sejurus selepas solat Isyak telah dimulakan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid dari SMKA Bandar Penawar.

Md Atan Jamin, Pengerusi Badan Kebajikan Masjid Felda Gugusan Adela telah menyampaikan ucapan aluan dengan melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said kerana memilih Masjid Felda Gugusan sebagai lokasi forum. Manakala Datuk Abd Rahim Abu, Setiausaha Politik YB Dato’ Seri dalam ucapannya selepas itu telah menyampaikan gagasan visi dan misi YB Dato’ Seri dalam kerangka perancangan pembangunan modal insan untuk Parlimen Pengerang.

Dalam forum tersebut, umat Islam disarankan agar menjadikan Rasullullah sebagai idola dan model ke arah menjadi insan cemerlang. Budaya kekitaan dan persaudaraan perlu dibugarkan kembali agar masalah masyarakat dapat ditangani secara kolektif dan efektif. Semangat perjuangan untuk menegakkan syiar agama perlu ada dalam setiap orang Islam agar martabat umat Islam tidak mudah diperlekeh oleh orang bukan Islam.

Forum yang berakhir pada jam 11.00 malam turut dihadiri oleh Datin Maznah Shukri, isteri YB Datuk Harun Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Pengerang dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Ibu Bapa Diminta Bantu Sekolah Tangani Disiplin Pelajar

July 31, 2007

 

 dsc01275.jpgdsc01270.jpgdsc01284.jpg

Kg. Pasir Gogok, 28 Julai – Azam Ismail Bakri, Pegawai Khas YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said, mengajak ibu bapa supaya bersama-sama dengan pihak sekolah mengatasi sebarang masalah disiplin anak-anak. Budaya masyarakat dahulu kala yang memegang konsep ‘sayang anak pukul-pukulkan’ perlu dihayati kerana ada sesetengah ibu bapa yang tidak menerima hakikat kenakalan anak-anak dan lebih gemar menuding jari mencari kesalahan pihak lain.

Beliau mengatakan demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan dan Anugerah Kecemerlangan Sekolah Agama Kg. Pasir Gogok. Pada majlis itu, Musa bedu selaku Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah agama telah melahirkan rasa terharu kerana wakil YB Dato’ Seri sudi datang ke majlis tersebut walaupun hanya dijemput menerusi khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Tambah beliau lagi, inilah contoh pemimpin berjiwa rakyat yang wajar disokong.

Majlis yang dihadiri seramai 50 orang ibu bapa turut dihadiri oleh Jamaludin Yusuf, Ketua UMNO Cawangan dan Zarita Busu, Ketua Wanita UMNO Cawangan.

Masyarakat Felda Perlu Mengekalkan Silaturrahim

July 31, 2007

adela1.jpgadela2.jpg

FELDA ADELA – Hubungan silaturrahim perlu dipandang sebagai elemen penting dalam usaha membina hubungan dengan Allah. Ia sama juga seperti restu Allah bergantung kepada restu kedua ibu bapa. Demikian nasihat yang terkandung dakam tazkirah di surau Felda Adela.

Program yang diadakan sejurus selepas solat Maghrib turut disertai oleh 70 orang jemaah dan dihadiri sama oleh Arsat Mohamad, Ketua UMNO Cawangan.

Para jemaah mengucapkan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said kerana mengadakan program berkenaan dan berharap dapat diteruskan pada masa akan datang.

Pembantu Khas beliau, Abdul Wahab Abdul Manan telah menyampaikan cenderahati kepada para jemaah sambil menyampaikan salam takzim YB Dato’ Seri.

Lagi Sejarah Tercipta Di Felda Tunggal

July 31, 2007

tunggal3.jpgtunggal2.jpgtunggal1.jpg

Felda Tunggal, 28 Julai – Dewan Sukan Komuniti Felda Tunggal menjadi saksi terciptanya sejarah kehadiran teramai program J robik di mana lebih 150 orang memenuhi gelanggang fulsal di situ. Tarian poco-poco dan gerakan J Robik bertambah semangat dengan pakaian seragam biru putih dengan topi oren ‘generasi positif’ sumbangan YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said.

Turut menyerikan program tersebut ialah Hassan Ismail, Ketua Kampung, Razak Mohamad, Pengurus Felda, Fauziah Misri , Ketua Puteri, Khasminah Gono, Ketua Wanita dan Azzli Shahid, Ketua Pemuda UMNO Cawangan.

Program tersebut bermula pada jam 7.30 dan berakhir satu setengah jam selepas itu turut dihadiri Pembantu Khas YB Dato’ Seri, Abdul Wahab Abdul Manan. Beliau telah beramah mesra dengan para peserta disamping menyampaikan salam YB Dato’ Seri serta mengedarkan cenderahati.

Program Tazkirah di Felda Air Tawar 1 Mencatat Sejarah

July 31, 2007

 dsc01396.jpgdsc01401.jpgdsc01433.jpg

 Felda Air Tawar 1, 28 Julai – Masjid Felda Air Tawar 1 telah mencipta sejarah apabila seramai 250 orang memenuhi ruang masjid bagi mengikuti program tazkirah anjuran Pejabat Parlimen Pengerang.

Jumlah jemaah yang hadir merupakan yang tertinggi setelah empat bulan program ini dilancarkan.

Program yang berlangsung sejurus selepas solat Maghrib turut dihadiri oleh Abd Rahman Sadri, Ketua Kampung dan Salleh Hamid, Timbalan Ketua UMNO Cawangan.

Dalam tazkirahnya, Ustaz Adnan Bahri telah mengingatkan para jemaah agar tidak jemu mempertingkat ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. Ilmu keduniaan seperti sains dan teknologi penting untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat bukan Islam. Manakala ilmu keagamaan pula akan menjadi pendinding diri mempertahan akidah menghadapi amalan-amalan kurafat dalam masyarakat Melayu.

Pegawai Khas YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said, Mohd Nor Azam Ismail Bakri telah menyampaikan salam takzim YB Dato’ Seri sambil beramah mesra dengan para jemaah.

Warga Felda Papan Timur Diseru Mencontohi Rumahtangga Rasullullah S.A.W

July 31, 2007

timur1.jpgtimur3.jpgtimur2.jpg

Felda Papan Timur, 20 Julai – Warga Felda digesa mengembalikan kegemilangan ummah menerusi kecemerlangan institusi keluarga. Kemantapan institusi keluarga akan menentukan masa depan dan hala tuju agama, bangsa dan negara. Masyarakat perlu kembali kepada nilai-nilai agama dengan menjadikan rumahtangga Rasullullah sebagai contoh dan ikutan. Demikian intipati ceramah oleh Ustaz Sakijan Muri, Pengetua SMK Bandar Penawar di Dewan JKKR Felda Papan Timur.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Pengerang mendapat sambutan hampir 100 orang peneroka dan pasangan masing-masing. Ia turut dihadiri oleh Salbani Ahmad, Ketua Kampung merangkap Ketua UMNO Cawangan dan Ngatisah Armin, Ketua Wanita UMNO Cawangan.

Abdul Wahab Abdul Manan, Pembantu Khas kepada YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said telah menyampaikan salam takzim YB Dato’ Seri sambil mengagihkan cenderahati kepada setiap yang hadir.

Rata-rata penduduk yang hadir berterima kasih kepada YB Dato’ Seri kerana membawa program ilmu ke tempat mereka sambil mengharapkan program ini dapat diteruskan.

Program J-Robik dan Kem Kesihatan di Kg. Telok Empang

July 24, 2007

teluk3.jpgteluk2.jpgteluk1.jpg

Kg. Telok Empang, 21 Julai – YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said, selaku Ahli Parlimen Pengerang mempunyai misi dan visi yang jelas dalam usaha melahirkan masyarakat yang sihat, cergas dan bersatu.
Usaha ini dapat dilihat menerusi program J-Robik dan Kem Kesihatan yang dibawa ke Kg. Telok Empang dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi.

Seramai 70 orang penduduk pelbagai peringkat umur telah memanfaatkan program ini yang berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang.

Program ini turut dihadiri oleh Ishak Moksan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan dan Siti Sarah Mohd Ali ,Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan. Pembantu Khas YB Dato’ Seri, Abdul Wahab Abdul Manan telah menyampaikan salam takzim YB Dato’ Seri di samping mengagihkan cenderahati kepada para penduduk.

Para penduduk begitu seronok melakukan gerakan poco-poco dan J-robik yang telah sekian lama tidak dilakukan. Kemudian, mereka berpusu-pusu menjalankan pemeriksaan kesihatan kendalian Klinik Kesihatan Pengerang yang diketuai oleh Zolkefli Abdullah. Pemeriksaan yang dijalankan ialah ujian tekanan darah, ujian kandungan gula dalam darah dan pep smear.

Program Sehari Bersama Penduduk Kampung Linting

July 19, 2007

dsc01198.jpgdsc01100.jpgdsc01142.jpg

dsc01203.jpg

 

KAMPUNG LINTING, 14 Jul – Seramai 50 orang penduduk kampung Linting telah menghadiri program kecergasan dan kesihatan yang telah dibawa oleh Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said. Program ini merangkumi kecergasan seperti j-robik, sukan, ceramah dan pemeriksaan kesihatan yang bermula seawal 9.00 pagi lagi di Tabika Kemas Kampung Linting,Tanjung Surat.

Pada pukul 10 pagi pula diadakan sukan rakyat. Semua penduduk turut melibatkan diri dalam sukan ini tanpa mengambil kira peringkat umur. Setelah selesai sukan rakyat, para penduduk telah dihidangkan dengan ceramah bertajuk ‘ Keluarga Cemerlang ‘ oleh Penyelia Pendidikan Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kota Tinggi, Ustaz Adanan Bahari. Melalui ceramah ini para penduduk telah dibimbing untuk membina keluarga yang cemerlang.

Setelah bersukan dan mendengar ceramah, para penduduk juga telah diberi pemeriksaan kesihatan secara percuma dari Klinik Kesihatan Sening dan juga ceramah mengenai kesihatan oleh Pakar Kesihatan Keluarga iaitu Dr. Hani. Rata-rata para penduduk seronok dengan ceramah yang disampaikan.

Program ini juga turut dihadiri Ketua UMNO Cawangan, Mad Lazim Atan, Ketua Wanita UMNO, Hanipah Shahadan dan Ketua Kampung Linting, Kassim Muin. Dalam ucapannya, Mad Lazim telah meminta agar pembinaan jambatan Tanjung Belungkor ke Kampung Linting dipercepatkan.

Pegawai Khas YB Dato’ Seri Azalina, Azam Ismail Bakri dalam ucapannya turut menyampaikan kiriman salam dan pesanan-pesanan ahli parlimen tersebut kepada majlis. Katanya betapa fikir, risau dan rancangan YB Dato’ Seri Azalina sentiasa menghala membentuk kemajuan khasnya kampung Linting dan amnya kawasan Parlimen Pengerang dengan mengujudkan program-program berbentuk sosial, pendidikan dan ekonomi.

Program ini berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cenderhati kepada para tetamu yang hadir berupa cawan, topi, dan t- shirt daripada Dato’ Seri Azalina.

Program Tazkirah dan Ziarah Surau Felda Sening

July 18, 2007

dsc01071.jpgdsc01043.jpgdsc01047.jpg

FELDA SENING, 12 Julai – YB Dato’ Seri Azalina Dato’ Othman Said mensasarkan pembangunan holistik di kalangan masyarakat Parlimen Pengerang sejajar dengan hasrat YAB Pendana Menteri.
Bertitik tolak dari cetusan idea itu lahirlah program yang menjurus kepada pembangunan modal insan menerusi institusi masjid di setiap kampung di Parlimen Pengerang.Pada kali ini, Surau Felda Sening telah dikunjungi oleh para pegawai YB Dato’ Seri bersama para jemaah sekitar 70 orang menunaikan solat Maghrib dan diikuti majlis tazkirah yang disampaikan oleh Ust. Adanan Bahri, Penyelia Pendidikan, Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kota Tinggi.

Dalam tazkirahnya, Ust. Adanan Bahri telah menyentuh tentang peri pentingnya memelihara tali silaturrahim sesama insan dan kepentingan menuntut ilmu tanpa mengira batas umur dan waktu.
Satu perjumpaan bersama Badan Kebajikan Surau turut diadakan sejurus selepas solat Isya’. Azam Ismail Bakri selaku Pegawai Khas YB Dato Seri telah menyampaikan salam takzim dan mengharapkan agar usaha-usaha mengimarahkan masjid dapat dijalankan berterusan seterusnya mengembalikan kegemilangan institusi masjid seperti di zaman Rasullullah dan para sahabat.
Majlis ini turut dihadiri oleh En. Sairy Radiban selaku Ketua Kampung dan Ketua UMNO Cawangan Felda Sening. Beliau mengucapkan terima kasih di atas inisiatif menganjurkan program ini.