Program Ibubapa Cemerlang, Keluarga Gemilang, Anak Terbilang peringkat Kg Punggai

dscn3079-wince.jpgdscn3061-wince.jpg

Program telah dimulakan dengan tayangan demo KBS dan IKBN. Selepas itu turut ditayangkan juga video banjir di Kota Tinggi.  Penduduk yang hadir diberikan cenderahati berupa beg, pamplet dan beg JBSN.

Tok Isa Sultan, Ketua kampung Punggai dalam ucapannya telah menyatakan ucapan terima kasih kepada YB Dato Azalina. Walaupun beliau tidak sampai tetapi pegawai-pegawai beliau telah  sampai awal. Tok Isa juga  memaklumkan projek-projek yang telah dapat pada tahun ini iaitu peruntukan kepada JKKK sebanyak RM10 ribu, peruntukan RM3 ribu kepada tabung masjid, peruntukan RM30 ribu untuk bina jalan tar, peruntukan kepada sekolah-sekolah dan lain-lain. Semua permintaan dapat.  Masyarakat amat puas hati kerana dapat semua peruntukan dan mengucapkan terima kasih serta syukur.  Tok Isa memaklumkan  YB Dato Azalina begitu prihatin kerana disamping peningkatan dari segi infrastruktur dan ekonomi ada juga peningkatan dari segi ilmu dibawa oleh beliau dengan mengadakan program-program ilmu seperti ceramah-ceramah serta meminta diadakan selalu program sebegini bagi membawa perubahan positif dari segi minda.

Ustaz Abdullah Ahmad telah menyampaikan ceramah mengenai Petua Rumahtangga bahagia iaitu dengan kaedah menghubungkan silaturrahim yang terdiri dari 5s iaitu salam, senyum, sapa, sabar dan syukur. Haruslah sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama. Sentiasa menggalakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

Datuk Hj Rahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan telah menyampaikan salam YB Dato Azalina. Beliau juga menceritakan  mengenai anak-anak terbilang. Kisah keluarga Sidek keluarga cemerlang. Antara pesanan YB Dato Azalina kita mesti menambah ilmu. Ilmu yang bermanfaat haruslah diamalkan. Jangan terlalu emosional haruslah bertenang. Baru kehidupan keluarga sejahtera. Haruslah menjaga hati jangan kecil hati, ambil hati dan tak berhati-hati. 

Penyampaian cenderahati sumbangan YB Dato Azalina juga turut diberikan kepada peserta yang paling awal sampai lelaki, Mahat b Sara dan perempuan, Maria bt Mohd Sahid dan warga emas yang paling tua iaitu Tuan Hj Ali Sultan, Imam Kg Punggai serta kepada Tok Isa dan penceramah. Selepas acara tersebut para penduduk telah dihidangkan dengan jamuan ringan.Seramai 180 orang penduduk telah menghadiri program tersebut. Malah penduduk kampung turut memohon supaya program seperti ini dijalankan lagi di tempat mereka.


%d bloggers like this: