Program Sukan di Padang Sekolah Kebangsaan Kg Baru Pasir Gogok

dscn2633-wince.JPGPendaftaran peserta terdiri daripada kanak-kanak, belia dan ibubapa telah dijalankan pada pukul 3 petang  Acara telah dimulakan dengan senamrobik yang telah dikendalikan oleh Puan Sharifah Sheila bersama sukarelawan. Acara yang telah dilangsungkan adalah seperti:

  1. Bola sepak
  2. Sepak Takraw
  3. Bola Jaring
  4. Rounders
  5. Sepak Raga
  6. Bowling kelapa
  7. Baling belon yang berisi air
  8. Acara dukong isteri

Bahagian pengacaraan majls, komentar dan DJ pada hari tersebut telah dikelolakan oleh Encik Hanafi dan Cikgu Wahab Hadiah dan penyampaian cek peruntukkan untuk Jawatankuasa kampong Pasir Gogok sebanyak RM 10 ribu telah disampaikan oleh Tuan Syed Ben Bella. Semua hadiah adalah sumbangan daripada pejabat Parlimen Pengerang berupa hamper.Turut disampaikan juga cenderahati kepada pemimpin dan guru besar sekolah di Pasir Gogok. Sambutan penduduk kampong pada hari tersebut amat meriah dan mereka sangat  dahagakan program yang melibatkan semua ahli keluarga mereka. Penduduk yang hadir adalah seramai 350 orang.


%d bloggers like this: