Program Ibubapa Cemerlang, Keluarga Gemilang dan Anak Terbilang di Surau Kampung Baru Teluk Ramunia.

dscn2766-wince.JPGdscn2765-wince.JPG

 

Program telah dimulakan selepas solat Isyak dengan kata-kata aluan daripada Tok Tahir, Ketua Kampung merangkap Ketua UMNO Cawangan Kg Baru Teluk Ramunia. Beliau telah menyampaikan:

  1. Ucapan terima kasih kepada YB Dato Azalina atas segala peruntukkan yang telah diberikan.
  2. Beliau juga turut menyatakan tentang cek RM 10 ribu yang boleh di perolehi.
  3. Permohonan untuk balairaya dengan kemudahan gelanggang sepak takraw telah dibuat namun masih menunggu jawapan dan tindakan dari pihak Pejabat Parlimen Pengerang. Memandangkan bangunan yang sedia ada telah reput dimakan anai-anai dan pemilik tanah balairaya menghendaki semula tapak balairaya tersebut.

Ucapan dan amanat YB Dato Azalina telah disampaikan oleh Encik Azam Ismail Bakri. Antaranya ialah:

  1. Beliau menyampaikan salam YB Dato Azalina kerana tidak dapat bersama atas tugasan kerja.
  2. YB Menteri menekankan supaya penduduk bersyukur atas kemajuan dan pembangunan yang dikecapi oleh mereka.
  3. Menerangkan kehebatan cendekiawan Islam dalam bidang Sains dan Matematik seperti Algebra yang telah di bawa oleh Al-Khawarizmi
  4. Menerangkan bahawa kerajaan bertanggungjawab untuk memberi keselesaan kepada rakyat. Akan tetapi politik  itu juaga didefinasikan sebagai pengagih kepada yang terhad kepada ramai dengan berhemah dan bijak.
  5.  Harapan YB Dato Azalina untuk rakyat sedar serta berusaha untuk pengisian ilmu dan memperbaiki modal insan  mereka.

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Abdullah Ahmad Al-Qodahi, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pejabat Felda Wilayah Johor Bahru mengenai Ibubapa Cemerlang, Keluarga Gemilang dan Anak Terbilang. Beliau telah berpesan supaya:

  1. Ibubapa saling tolong menolong dalam kehidupan berumah tangga.
  2. Memberi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak
  3. Suami isteri haruslah bertolak ansur antara satu sama lain

Program telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada penduduk lelaki iaitu Tuan Syed Abdullah Bin Syed Sulaiman dan perempuan yang hadir awal ialah Puan Hajah Esah Bt Hj Awang serta warga emas yang paling tua ialah Puan Hajah Julaipah Bt Lahabak.  Turut diberikan cenderahati adalah Tuan Penceramah dan Ketua kampung. Selepas itu semua penduduk telah menikmati jamuan yang telah disajikan oleh Ketua Wanita. Tetamu kehormat yang hadir adalah Tok Hj Tahir Aris, Ketua Kampung merangkap Ketua UMNO Cawangan Kg Baru Telok Ramunia, Puan Hajah Jamaliah Md Ariff, Puan Norizah Tahir, Ketua Puteri UMNO Cawangan Kg Baru Telok Ramunia. 
 

Para penduduk kampong yang hadir adalah seramai 70 orang bersama kanak-kanak yang turut menerima sumbangan cenderahati dari YB Dato Azalina berupa beg, pamphlet kbs, buku teks ucapan YBM, kuih kek dan pulut wajik.