Program Ibubapa Cemerlang, Keluarga Gemilang, Anak Terbilang di Kg. Changi, Teluk Ramunia

dscn2815-wince.JPGProgram dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah bersama penduduk dan pemimpin Kg. Changi, Teluk Ramunia Penduduk yang hadir telah diberikan cenderahati berupa beg, cd, batch ’Belia Benci Dadah’, tuala, kalender Mawi, leaflet, Majalah NFC dan pen.   

Kemudian ditayangkan kisah “Banjir di Kota Tinggi” untuk memberi peringatan kepada penduduk kampung supaya bersyukur dan selalu beramal. 

Ucapan aluan oleh En. Abdul Wahab menyampaikan salam dari YB Dato Azalina bagi mengalu-alukan kedatangan ke majlis tersebut. 

Majlis juga menjemput En. Roslan Ramli selaku Ketua UMNO Cawangan Kg. Teluk Ramunia. Antara ucapan beliau adalah:

1. En Roslan mengucapkan terima kasih YB Dato sebab membawa program seperti ini ke Kg  Changi, Teluk Ramunia.

2. En Roslan juga memohon balai raya, parit dan sebagainya. Segala kerosakan ini diakibatkan oleh  bencana alam seperti ribut yang berlaku pada tahun 2001.

3. En Roslan meminta agar penduduk datang ke program seperti ini di masa akan datang.

4. Pokok kelapa yang tinggi di khuatiri menimpa rumah. Penduduk mohon peruntukan untuk tebang pokok.

5. Penduduk meminta supaya diadakan program sebegini setiap tahun.

6. Menyokong penuh pimpinan Y.B Dato Azalina dan berharap Ý.B Dato dapat lagi meneruskan pemerintahan. Ceramah Ustaz Abdullah Ahmad, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Felda Wilayah Johor Bharu. Antara initipati yang disampaikan oleh beliau adalah :

1. Yang tua mengasihi yang muda dan yang muda menghormati yang tua. Orang muda bersama orang tua kena rangkum dan bergaul baru kuat perpaduan dalam sesebuah kampung.

2. Kaedah menghubungkan silaturrahim ada 5 iaitu salam, senyum, sabar, sapa dan syukur. 5 “s”

3. Manusia ( kalau rasa) –
Badan besar (gajah), cantik (burung merak), kuat makan (lembu), kuat seks (burung pipit), berani (binatang buas)

4. Falsafah ilmu wajib dituntut, difahami, dihayati, diamalkan, disebarkan. 5. Setiap anak yang dilahirkan merupakan anugerah tuhan yang sempurna dan suci. Kita bertanggungjawab mencorakkan kehidupan mereka. Semua ibubapa mahu anak-anak cemerlang.

6. Suami isteri kena ubah tabiat untuk jadi cemerlang.

Selepas ceramah tersebut telah diadakan penyampaian cenderahati bagi peserta yang hadir terawal, bagi kategori lelaki adalah Encik Abdul Majid, Kategori wanita pula ialah Puan Salmah Abdul Ghani dan Warga Emas yang tertua ialah Encik Abd Jabbar Jamaludin yang berumur 72 tahun. Turut menerima cenderahati juga ialah Ustaz Abdullah Ahmad Al- Qodahi, penceramah, En Roslan Ramli, Ketua UMNO Cawangan dan Encik Mohamad Harun,  Imam Kg Changi. 

Selepas itu jamuan makanan dihidangkan kepada kampung iaitu ubi rebus dan mee udang. 

Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Hj Hapide Petalantak, Ketua Kampung Teluk Ramunia, Encik Roslan Ramli, Ketua UMNO Cawangan Teluk Ramunia, Encik Sabri Mazleh, Ketua Pemuda UMNO Cawangan merangkap Ketua Belia Teluk Ramunia, Hajah Raejah, Ketua Wanita UMNO Cawangan Teluk Ramunia, Encik Mohamad Harun, Imam Kg Teluk Ramunia,  Seramai 180 orang penduduk kampung termasuk kanak-kanak telah menghadiri majlis tersebut.


%d bloggers like this: