Program ‘Methematic Sensor’ untuk Persiapan pelajar-pelajar Cemerlang

dscn2723-wince.JPGProgram dimulakan dengan sesi pendaftaran pelajar dan guru. Kehadiran untuk program tersebut adalah seramai 250 orang murid termasuk guru-guru serta ibubapa. Team marhaen, sukarelawan dan penduduk kampung telah membuat persiapan dan mengedarkan  akhbar YO, buku kerja Methematic sensor dan fail yang mengandungi leaflet, pensel dan kertas.  Ucapan aluan-aluan oleh pengerusi majlis En Abdul Wahab Abdul Manan serta memperkenalkan penceramah yang juga pengasas  program mathematic sensor iaitu En Baharam   Pengenalan program telah disampaikan oleh En Baharam bagi tujuan pemahaman para pelajar dan guru.  Sesi pembelajaran dimulakan dengan latihan (asas sifir dan asas penyelesaian dalam matematik ) yang telah disediakan oleh penceramah. Program berjalan lancar dengan interaksi penceramah bersama pelajar dalam memahami proses pembelajaran Methematic Sensor.

Secara keseluruhannya pelajar-pelajar berminat mengikuti program ini. Dibarisan hadapan para pelajar dapat menerima pelajaran dengan baik. Manakala dibahagian belakang sebilangan pelajar lelaki kurang memberi tumpuan.   Menurut Puan Zalimah bt Ngatini dari Bandar mas yang membawa anak beliau Siti Norfazira bt Azni, 12 tahun yang bersekolah di SK Bandar Mas:

  1. Program yang bagus
  2. Adakan lebih banyak program seperti ini.
  3. Adakan dalam waktu yang lebih panjang supaya pelajra dapat lebih memahami pelajaran dengan lebih baik.

Kursus ini berkaitan dengan dengan pelajaran dan bagus serta memudahkan pelajar memahami apa itu matematik, menurut adik Norsyazira Bt Othman, 12 tahun dari SK Bandar Penawar 1.  Menurut pelajar SK Bandar Penawar, Irfan Hanafi b Sairi, 12 tahun sebelum ini beliau lambat mengira dan menggunakn jari. Namun selepas mengikuti program ini beliau lebih mudah memahami soalan matematik dan mengira dengan cepat. Puan Hasnita Jusoh seorang guru dari SK Sungai Mas program ini amat baik dan bagus untuk pelajar. Kursus ini juga harus diberi keutamaan kepada pelajar darjah 1 dan 2 kerana mereka lebih cepat menerima pelajaran berbanding pelajar darjah 3 ke atas. Respon yang amat positif juga di terima daripada pihak pengurusan pejabat pelajaran daerah Kota Tinggi, iaitu Encik Affendi, Penolong Pengarah Pelajaran daerah Kota Tinggi, yang mana beliau mahukan program ini berterusan diadakan disemua sekolah di Parlimen Pengerang.  Selepas program tersebut telah diadakan program perasmian penutup bersama Penolong Pengarah Pelajaran Dearah Kota Tinggi, Encik Affendi, Encik Mohamad b Mohd Salleh, Pengetua Sekolah Menengah Adela, Encik Azam Ismail Bakri selaku wakil rasmi YBM, dan Encik Baharam selaku pengasas program Mathematic Sensor. Kata-kata Aluan telah disampaikan oleh Encik Affendi adalah:

  1. Mengucapkan terima kasih kepada YB Dato Azalina atas usaha memberi ilmu kepada pelajar di Parlimen Pengerang melalui program Methematic Sensor,
  2. Beliau menyuarakan pandangan agar program ini dapat dilaksanakan diseluruh Negeri Johor
  3. Beliau juga akan memberikan sepenuh sokongan untuk program pelajaran yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Menteri, Kementerian Belia dan Sukan.

Ucapan dan amanat YB Dato Azalina telah disampaikan oleh Encik Azam Ismail Bakri. Antaranya ialah:

  1. Beliau menyampaikan salam YB Dato Azalina kerana tidak dapat bersama atas tugasan kerja.
  2. YB Dato Azalina  menekankan supaya penduduk bersyukur atas kemajuan dan pembangunan yang dikecapi oleh mereka.
  3. Menerangkan kehebatan cendekiawan Islam dalam bidang Sains dan Matematik seperti Algebra yang telah di bawa oleh Al-Khawarizmi
  4. Turut menerapkan aktiviti 3K (Keusahawanan, Kepimpinan, Kemahiran)
  5. Pengisian ilmu harus diusahakan  bersama oleh semua pihak di P157.

Program diakhiri dengan pemberian cenderahati berupa hamper kepada kepada Penolong Pengarah Pelajaran Daerah Kota Tinggi, Pengetua SMK Adela, dan Encik Baharam


%d bloggers like this: