Program Ibu bapa Cemerlang Keluarga Gemilang Anak Terbilang di Kg Teluk Empang

dscn2556-wince.JPGProgram telah bermula dengan kehadiran penduduk diberikan cenderahati berupa beg, pamphlet KBS, buku ucapan YBM, Kek dan gula-gula untuk kanak-kanak. Selepas solat Isyak penduduk lelaki dan wanita pertama dicatat nama untuk diberikan hadiah di atas kecermerlangan datang awal ketika program.  Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Tok Wahid b Hj Razali, Pemangku Ketua Kampung Teluk Empang. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBM yang telah meluluskan bantuan kepada kampong seperti peruntukkan JKKK sebanyak RM 10 ribu, Masjid RM 3 ribu tetapi masih belum menerima cek dan belia sebanyak RM 3 ribu. Beliau memohon agar perkara ini disegerakan. Walau bagaimanpun pihak pejabat Parlimen menerangkan telah menghubungi Pejabat Pembangunan Negeri Johor supaya mempercepatkan pengeluaran cek terbabit. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih untuk peruntukkan infrastruktur yang telah disempurnakan oleh YBM.  Selepas itu Encik Azam telah menyampaikan amanat YBM, antaranya:

  1. Tentang program jelajah 33 kampung yang terdiri daripada program sosial dengan matlamat untuk meningkatkan modal insan penduduk Parlimen Pengerang.
  2. Salam YBM kerana tidak dapat menghadiri program mengiringi Tuanku Agong ke
    DOHA, Qatar.
  3. Kita perlu ada sikap mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada keburukkan.
  4. Keberanian YBM membuat satu keputusan dan tindakan melambangkan seorang pemimpin yang berani dan cekal sebagai contoh akta belia, perbelanjaan kementerian yang berhemah, contoh IKBN bekerjasama dengan SEGI kolej iaitu memperbanyak peluang anak bangsa melanjutkan pelajaran.
  5. Harapan YBM supaya program seperti ini dapatlah dilaksanakan sendiri dengan kerjasama penduduk kampong dengan wang peruntukkan yang telah diberikan oleh YBM.

Ceramah keibubapaan telah disampaikan oleh Ustaz Abdullah Ahmad Al-Qodahi, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Pejabat Felda Johor Bahru. Antara isu yang disentuh oleh beliau:

  1. Alam roh, rahim, relaks, ribut, risau, reput dan rasakan.
  2. Hubungan suami isteri mestilah menunjukkan rasa kasih sayang seperti masa mula – mula berkahwin, bersolek dan bercantik oleh kedua-dua pihak.
  3. Tolong menolong antara satu sama lain. Contoh suami menolong isteri basuh pinggan.
  4. Bertolak ansur dari segi kemampuan.
  5. Yang paling penting ibubapa haruslah memberi contoh teladan yang baik kepada anak-anak.

Sebelum mengakhiri majlis telah diadakan majlis penyampaian hadiah kepada peserta lelaki terawal sampai iaitu Encik Awang Mohd Sani, dan wanita terawal Puan Saunah Ujang. Warga emas yang paling tertua yang menghadiri program tersebut adalah Hajah Maimunah Abd Samad  dan keluarga teramai dimenangi oleh Saudara Ishak b Mokhsan yang membawa sejumlah 8 orang ahli keluarga ke program tersebut. Antara tetamu kehormat yang turut hadir adalah Encik Roslan, Pegawai Khas YBM, Tok Wahid Hj Razali , Pemangku Ketua Kampung, Puan Siti Sarah, Ketua Wanita UMNO Teluk Empang, Cik Norazlin bte Shaari, Ketua Puteri UMNO Teluk Empang, Tuan Hj Samsudin Hj Ashari, Imam Kg Teluk Empang.  Kehadiran penduduk adalah seramai 180 orang termasuk kanak. Sambutan yang sangat baik telah diperolehi dari kampong ini. Satu pencapaian yang amat baik pada program kali ini sehingga mencetus minat untuk mengadakan program sebegini rupa pada masa yang terdekat dikampung mereka. Perkara ini telah disuarakan oleh Tok Wahid atas kesedaran dan permintaan ramai penduduk kampong yang dahagakan ilmu seperti ini. – Semua pegawai dan sukarelewan terlibat


%d bloggers like this: