Pengerang – 3 Mei 2008, Menteri Pelancongan Malaysia Datuk Seri Azalina Othman Said telah menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Homestay serta merasmikan konvensyen Homestay di Dewan Felda Semenchu baru-baru ini.
Azalina dalam ucapan perasmiannya menggalakkan masyarakat tempatan menjalankan perniagaan homestay secara besar-besaran yang bertujuan memperkenalkan budaya dan kehidupan masyarakat luar bandar di mata pelancong asing.
Dalam majlis tersebut, beliau turut menerima penyerahan memorandom dari wakil Persatuan Homestay En Shariman dan sesi bergambar bersama wakil korea yang turut berminat menjadikan pengerang sebagai destinasi homestay di Malaysia.






ADA beberapa tokoh misteri yang nama mereka ‘hilang’ dalam lembaran sejarah perjuangan menentang penjajah di tanah air, ratusan tahun lalu. Walaupun kewujudan mereka suatu ketika dulu memberi sumbangan besar dan mencetuskan kegerunan di jiwa penjajah, kebanyakan tokoh ini tidak disebut dalam mana-mana dokumen sejarah.

