Pengerang Bakal Jadi Lokasi Pelancongan Popular

Setelah sekian lama sepi dengan kehadiran pelancong luar negara, kini Pengerang bakal menjadi distinasi popular dan mampu menarik puluhan ribu pelancong luar untuk berkunjung ke mukim yang pernah bernaung dibawah pentadbiran Kota Tinggi, Johor, itu.

Ini semua adalah berkat usaha kreatif Ahli Parlimennya, Datuk Azalina Othman Said yang baru dinobatkan sebagai Menteri Pelancong Malaysia, menghidu produk  industri pelancongan yang dijangka berjaya menggamit minat pengunjung dari dalam dan luar Negara.

Ibarat ada sinar dihujung terowong kehadiran Datuk Azalina Othman Said, sememangnya memberikan impak positif kepada masa depan pelancongan khususnya dikawasan terbabit.

Apa yang pastinya, Pengerang mempunyai banyak produk pelancongan yang berpotensi untuk diketengahkan. Dari pantainya yang cantik sehinggalah peninggalan sejarah yang tiada tolak bandingnya. Semuanya boleh dibangunkan sebagai produk pelancongan yang berdaya maju.

Selain Desaru dan Tanjung Balau, Pantai Teluk Punggai yang memiliki pantainya yang cantik dan bersih, Desaru Fruit Farm, Sabana Cove Marina Bay, Desaru Golf & Country Resort, Homestay Semencu, Johor Lama, Taman Buaya, Muzium NelayaTanjung dan beberapa tempat lagi, beberapa produk pelancongan yang baru telah ditemui dan akan dibangungkan di Pengerang.

Antaranya, Kubu pertahanan Tentera British terbesar dan terkuat bagi pertahanan rantau ini dari serangan  tentera Jepun ketika perang dunia Kedua yang terletak kira-kira 90km dari Bandar Kota Tinggi dan berada di kampong Tanjung Pengelih turut dijangka menjadi destinasi tarikan utama pelancongan ke  Pengerang.

Kubu yang dibina pada tahun 1936 dan yang diterbuat daripada konkrit ini meliputi sebuah kawasan bukit yang dikenali sebagai Bukit Pengerang pada awalnya telah dirancang pembinaannya oleh Leftnan Sir Webb Gillman ini dijangka mampu menarik penggemar sejarah dari dalam dan luar Negara.  

Selain tapak peninggalan Tentara British , menemuan makan pahlawan tersohor, Si Bongkok di Bukit Belungkor juga dilihat sebagai petanda positif kepada kepelbagaian produk pelancongan bersejarah di Pengerang, disamping Laluan Warisan di Bukit Belungkor, Lebuhraya Senai –Desaru, Taman Herba, Sukan Lasak, Eco-tourism dan sukan luncur Layar yang dikini sedang dibangunkan. 

 

Pendek kata, jika semua inspirasi Ahli Parlimen yang juga Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Sri Azalina berjalan sepertimana yang dirancangkan, tidak mustahil Pengerang akan menjadi `satu destinasi pelancongan yang memiliki pakej lengkap dan sekaligus menjadi lokasi pelancongan popular di dunia.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: